About us


PENGENALAN


RMS Sales & Marketing adalah milik penuh bumiputera. Kami mematlamatkan impian sebagai penyedia barangan yang berkualiti dan mampu beli meliputi keperluan masyarakat masa kini.

Bermula dengan penghasilan produk penjimat minyak, kami melangkah setapak lagi  dalam memanfaatkan sumber alam semulajadi.

Strategi kami dengan penghasilan produk yang pelbagai yang memenuhi permintaan semua golongan disamping member peluang kepada semua pengedar kami untuk menjana pendapatan berterusan tanpa menempuh persaingan yang sengit dan berbaloi dengan modal yang dikeluarkan.

Dalam arus zaman perniagaan teknologi maklumat, syarikat kami tidak ketinggalan dalam menyusun strategi dalam menghadapi persaingan demi untuk terus teguh kekal dalam pasaran. Formula utama kami ialah sentiasa positif terhadap pesaing-pesaing kami.

RMS Sales & Marketing akan meletakkan jenama RMS di pasaran untuk pelbagai rangkaian produk  yang tentunya mampu memenuhi citarasa dan kemampuan pengguna.



OBJEKTIF SYARIKAT


  • Menjana dan memartabatkan rangkaian produk berjenama RMS  sebagai barangan Buatan Malaysia berperingkat global.

  • Membina ekonomi ummah yang berdikari.

  • Menyediakan peluang perniagaan yang sistematik kepada semua  kaum.

  • Menyediakan dan memasarkan barangan yang berkualiti tinggi pada kadar harga mampu beli.



MATLAMAT SYARIKAT


  • Menjadi ‘gergasi’ dalam industri pemasaran barangan keperluan terpilih untuk masyarakat.
  • Merealisasikan impian kepuasan pengguna sambil menjana pendapatan.
  • Memasarkan produk-produk berkualiti terpilih.
  • Menyediakan peluang - peluang perniagaan bagi menaiktaraf ekonomi sesebuah keluarga.
  • Membantu mengurangkan pengangguran.
  • Menyokong dasar kerajaan yang inginkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat, bahagia dan berjaya dari sudut ekonomi dan sosio ekomi serta budayanya.



VISI


Menjadi sebuah syarikat pemasaran produk keperluan pengguna yang terunggul diperingkat Nasional dan Global.




MISI


Mengeluarkan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi, mewujudkan sistem pemasaran yang sistematik untuk pasaran  dan menembusi pasaran tempatan dan global dengan lebih agresif.