Info Produk
Campuran ekstrak herba dari pertanian gunung dengan embun kristal. Diadun menggunakan teknologi terkini untuk kelegaan yang segera dan efektif.
Kandungan hebatnya mengandungi bahan-bahan herba yang terpilih dari alam semulajadi seperti Cymbopogen Citratus, Piper Betel Linn, Citrus Aurantifolia dan Stychnos ligustriana Bl.
RMS Healing Potion sangat berkesan dalam menyembuhkan kesakitan yang berkaitan sendi dan saraf .
Juga berkesan untuk melegakan dan mengubati simpton-simpton seperti sakit kepala, migrain, batuk, masuk angin, sakit pinggang, strok, gatal-gatal, kebas-kebas, embeien, gout, reumatik, sakit gigi dan kekejangan otot.
RMS Healing Potion tidak boleh digunakan kepada bayi dan kanak-kanak dan tidak boleh dimakan. Sila ikut cara guna yang telah disyorkan.
Cara Guna :
- titiskan dan sapukan di atas kertas yang disediakan.
- lipat kertas mengikut acuan dan pastikan ramuan itu tidak bocor.
- tempelkan pada bahagian yang bermasalah.
- ketika merasa panas , pindah ke tempat lain.
- ulangi sehingga merasa selesa.
- Kertas tersebut boleh diguna semula.
AMARAN:
TIDAK BOLEH DIGOSOK TERUS KE KULIT.
TIDAK BOLEH DIMAKAN.
JAUHI DARI KANAK-KANAK.
JIKA SAKIT BERTERUSAN, DAPATKAN NASIHAT DOKTOR.
FAQ:
S : Bolehkah RMS Healing Potion dimakan?
J : Tidak boleh. Kandungan RMS Healing Potion hanya untuk kegunaan luar sahaja.
S: Bolehkah RMS Healing Potion disapu terus ke kulit?
J: Tidak boleh. Penggunaan RMS Healing Potion hendaklah mengikut tatacara yang ditetapkan. (sila rujuk cara guna)
S: Bilakah masa yang sesuai menggunakan RMS Healing Potion?
J: RMS Healing Potion boleh digunakan pada bila-bila masa yang perlu.
S: Adakah ianya akan memberi kesan pada kulit atau pakaian?
J: Dengan menggunakannya mengikut tertib caraguna yang disediakan, penggunaan RMS Healing Potion tidak akan memberi kesan dan bau pada kulit dan pakaian.
S: Apakah tahap umur yang sesuai untuk menggunakannya?
J: Penggunaan RMS Healing Potion tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak dan digalakkan untuk orang dewasa yang mengalami masalah-masalah kesihatan terutama berkaitan sendi dan saraf.