Alat penjimatan bahan api kenderaan berkonsep teknologi kuasa magnet.Alat ini dipasang pada salur masuk bahan api kenderaan samada petrol, diesel dan gas. Ia sesuai dipasang pada semua jenis enjin dan tidak perlu pengubahsuaian serta tidak mendatangkan kerosakan.
INFO
RMS Fuel Saver merupakan alat penjimat bahanapi bukan mekanikal. Kelebihannya ialah penggunaannya tidak hanya untuk kereta tetapi meliputi semua jenis kenderaan yang menggunakan petrol, diesel ataupun gas (NGV).
RMS Fuel Saver mempunyai dwifungsi iaitu untuk mengurai dan menyusun atur molekul bahanapi untuk menjadikan pembakaran bahanapi dalam keadaan jauh lebih cekap dan lengkap (efficient) dan dapat mengurangkan pencemaran karbon monoksida.
Pembakaran yang lengkap akan menghasilkan kuasa enjin yang lebih daripada biasa. Hasilnya, jarak perjalanan yang dihasilkan adalah lebih jauh walaupun jumlah bahan bakar yang digunakan adalah sama.
BAGAIMANA RMS FUELSAVER BERTINDAK?
TINDAK BALAS PENGURAIAN MOLEKUL 2 KALI OLEH RMS FUEL SAVER |
RMS Fuelsaver terdiri dari magnet berkuasa tinggi jenis neodymium yang tahan suhu tinggi dijamin ketahanan sepanjang hayat oleh pengeluar dalam penggunaan ke atas apa jua jenis enjin kenderaan atau jentera.
Penciptaan RMS Fuelsavertelah disesuaikan untuk apa jua jenis dan saiz salur bahan api,dan apa yang berbeza dari jenama lain ialah ia bertindak dua kali ke atas bahan api.
Bahan api terbentuk dari sebatian hidrokarbon. Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa bahagian hidrogen dan karbon dalam sebatian hidrokarbon berupaya mengikat atau menyambung molekul-molekul dalam sebatian membentuk gugusan juga diistilahkan sebagai ikatan kovalen.
Secara semulajadinya, molekul-molekul hidrogen dan karbon sangat mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur luar. Molekul-molekul hidrokarbon yang membentuk gugusan tidak dapat dibakar sepenuhnya kerana udara yang diperlukan untuk mencapai tahap pembakaran sepenuhnya tidak dapat menembusi gugusan molekul tersebut. Keadaan ini menyebabkan molekul-molekul tersebut akan bercantum dan menjadi mendapan yang akan mengganggu prestasi enjin serta meningkatkan penggunaan bahan api.
RMS Fuelsaver bertindak dengan mengecas atau mengionkan bahan api secara magnetik ketika bahan api melalui saluran paip/hos ke enjin. Apabila pengaliran bahan api yang berbentuk gugusan atau kelompok melalui medan magnetik yang terhasil dari RMS Fuelsaver ia akan terurai menjadikan molekul-molekul hidrogen dan karbon berasingan dan mudah ditembusi oleh molekul oksigen.
DI MANA RMS FUEL SAVER DIPASANG.
RMS FuelSaver dipasang pada paip saluran bahanapi(salur getah) yang membekalkan suntikan pada jarak 3 atau 10 cm dari alat suntikan(Injector).
Dua set RMS FuelSaver harus dipasang pada paip bahan api (dibuat dari plastik atau getah). Yang pertama terletak di 5 cm dari pam suntikan, yang kedua 1cm dari yang pertama ATAU dipasang pada paip Injektor terdekat.
Pada kereta Injection atau karburetor dengan NGV, dua set RMS Fuelsaver disyorkan dipasang di belakang regulator tekanan dan di depan mixer.
5 LANGKAH MUDAH CARA PEMASANGAN
LANGKAH 1
PISAHKAN DULU KESEMUA PLATE- PLATE TERSEBUT.
LETAKKAN PLATE NIPIS YANG KECIL DI SEBELAH TEPI
MAGNET (TAPAK).
LANGKAH 2
LETAKKAN PADA SALURAN MINYAK YANG MASUK KE ENJIN.
LANGKAH 3
LETAKKAN MAGNET BAHAGIAN ATAS KEPINGAN TADI
LANGKAH 4
LETAKKAN PLATE NIPIS YANG KECIL DI SEBELAH TEPI PLATE YANG KOSONG
LANGKAH 5
LETAKKAN PLATE NIPIS YANG BESAR DI SEBELAH YANG KOSONG KIRI DAN KANAN
FAQ
1. Bagaimana RMS Fuel Saver berfungsi?
Bahanapi yg melalui RMS Fuel Saver akan diuraikan menjadi molekul yang lebih kecil dan ion positif dan negatif di susun secara teratur.Situasi ini akan menyebabkan pembakaran yang lebih lengkap. Hasilnya, enjin akan lebih berkuasa dan senyap serta asap juga berkurangan.
2. Adakah RMS Fuel Saver berkesan pada kereta baru atau kereta lama?
Kedua-duanya sekali. Kereta lama akan merasai penjimatannya bertambah selepas perjalanan melebihi 2000km, kerana selepas menggunakan RMS Fuel Saver pembakaran yang terhasil akan membersihkan karat dan mendakan karbon yang berlaku sebelum menggunakan RMS Fuel Saver.
3. Berapa banyak penjimatan?
Sehingga 35%. Namun, perlu diingat bahawa kadar penjimatan bergantung pada kebiasaan pemanduan, tahap kecekapan enjin, jenis bahanapi, keadaan lalu lintas, tekanan tayar, berat kenderaan dan faktor lain.
4. Adakah ia boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan?
Ya. RMS Fuel Saver sesuai untuk hampir kesemua jenis kenderaan menggunakan sistem suntikan atau karburator samaada menggunakan petrol, diesel atau gas atau gabungan bahanapi. RMS Fuel Saver dipasang pada saluran bahanapi yg paling hampir dengan kebuk pembakaran.
5. Adakah RMS Fuel Saver mudah dipasang?
Ya, boleh dipasang dalam sekitar 10 minit dan hendaklah mengikut arahan yang terdapat pada manual pemasangan yang disertakan di dalam setiap pembungkusan. Namun, setiap pengedar akan membantu jika anda memerlukan penjelasan lebih lanjut.
6. Dimana RMS Fuel Saver dipasang?
Dipasang di saluran bahanapi yang terdekat dengan injector atau karburator.
7. Berapa set RMS Fuel Saver diperlukan?
Satu (I) set biasanya cukup untuk kebanyakan kereta. Namun kapasiti enjin juga memainkan peranan berapa unit RMS yang di perlukan. Kapasiti enjin yang lebih besar memerlukan 2 set (untuk enjin petrol). kebanyakan Enjin diesel memerlukan 2 set minima.
8. Adakah RMS Fuel Saver akan mengakibatkan kenderaan saya kehilangan Warranty dari pengeluar kereta?
Tidak. Ini adalah kerana tidak ada pengubahsuaian pada enjin dan komponennya secara mekanikal, elektrik atau kimia dan tidak memerlukan sebarang pemotongan.
9. Apakah perkara lain yang perlu lakukan sebelum pemasangan dibuat?
Tiada apa. Namun jika kenderaan anda memerlukan penyelenggaran atau penukaran minyak enjin kami mencadangkan anda melakukannya dahulu sebelum memasang RMS Fuel Saver tersebut.
10. Kenapa RMS dijual pada harga yang rendah?
Kerana ia dikilang dan dipasang secara tempatan.